Tuesday 28 January 2014

KMPh Kolej Matrikulasi Pahang

tiba2 teringat time masa zaman2 Matrik dulu.. kalau nak banding zaman Universiti sekarang..jauh beza ketinggian stamina and ketabahan aku time Matrik...aku daftar masuk matrik 11 Mei 2009..merangkap birthday aku..tacing.. T_T.. kira aku batch 2009/10. ni la antara memori2 kat matrik yg melekat kat minda dan jiwa raga sampai sekarang..

1. Registration and Orientation
    Hmm.. ni aku xberapa nk gemar sgt.. biasalah..minggu suai kenal..orentasi katanya...xtido lewat xsah la kan.. kepenatan seminggu tu xyah cakap la.. siap boleh tidur berdiri time solat Subuh jemaah kat masjid.. sedar xsedar jemaah lain dah sujud dah..sebab terkejut sangat ruku' aku terbang kemana hala dah..aku pun sujud sekali.. =_= . Lagi satu tragedi.. satu malam tu fasi lepas awal..awal2 pun still dekat pukul 12 malam jugak..otak aku dah pelik..mimpi apa baik sgt lepas awal ni.. tp nevermind.. aku dan rumate2 tido dengan gembira.. esok pagi bangun dengan segarnya nak pergi solat Subuh...cukup tidur kan..tp aku pelik kenapa kiri kanan aku asyik dengar "ko rentung ke malam td?" "fasi dgn felo ketuk pintu bilik aku malam tadi..rentung dah kitorang satu bilik.."  blurr aku dgn rumate2 aku.. lepas tanya orang rupanya malam tu ada latihan kebakaran.. "eh..eh?? xde spotcheck bilik or orang ckup ke x ke??" ada rupanya... tp time nombor bilik aku kena sebut..ada hamba Allah yang baik hati angkat/TERsilap angkat tgn.. jasamu dikenang..kitorang tidur lena sampai pagi..hahaa....time registration biasalah..akan dapat baju Matrik.. n TUDUNG.. macam meriah je semua student perempuan pakai tudung sama.. emm..lagi satu..sapa yg duduk blok A dengan B masa zaman2 aku dulu..orientasi dia ada satu aktiviti yg SPECIAL bersama fasi.. haahaha.. spe yg dah lepas KMPh ni tahulah..

2. Tetapan Kuliah and Tutorial
     masa orientation week, salunya duduk dengan group mentor mentee... masa tu kita ada lah isi borang nak pilih sains hayat or sains fizikal.. aku dengan konfiden pilih sains hayat..sehari lepas tu aku tengok form kat mentor aku..mentor ni kira lecturer la..aku dapat sains fizikal..sobsobsob.. tp xpela..aku redha.mana2 pun sama..maybe dia pilih kita based on result Bio and Physics SPM..result aku sama je dua2 sbjek ni..time hari pengumuman betul2 tu..puas aku cari nama aku kat setiap tutorial kelas fizikal..kelas fizikal ada dalam 30 mcm tu.. dengan bergelut dengan students lain lagi.. last2 nye xde pon.. sedih aku time tu..sampai hati dia cicirkan nama aku!!! lepas tu cari dekat kelas hayat punya name list pulak.. ewaahh!! nama aku ada kat kelas 5H24!! H = Hayat!! yayyy!! dapat Hayat!! dapat belajar..errr?? Hafal biology!!! 
     
3. Kelas
     waktu kelas dari pukul 8.00 pagi..kalau ada sikit luck dalam hidup..dapat la dalam seminggu tu..adalah sehari start pukul 9... sampailah pukul 5 petang..kalau ada luck lg pukul 4ptg.. gap selalunya ada dalam 2-3 jam je..pagi sejam.. 1-2pm..utk lunch and solat Zohor..  nak tunggu lecturer pergi kursus ke..pergi honeymoon ke..conferences ke memang susah la.. kelas xreti2 nak cancel mcm kat universiti... kalau pasal kelas ni..normally kena gilir2 pergi dewan kuliah..lepas tu pergi bilik tutorial..lepas tu dewan kuliah..lepas tu Laboratory..lepas tu tutorial balik.. yang parah nye.. habis kelas kat dewan kuliah..kena jalan laju2 pergi bangunan tutorial..tu dah satu hal..satu hal lagi kalau kelas nya tingkat 4.. pengsan mendaki.. tapi best pulak ingat balik.. kalau waktu pertukaran kelas tu mesti meriah je..berebut-rebut nak keluar dewan kuliah..yg kat luar pulak xmenyabar nak masuk dewan.. kalau kat bangunan tutorial tu..penuh la tangga dengan orang naik turunnya...kadang2 rasa nak maki org depan pon ada..orang dah lambat nak masuk kelas..dia boleh pulak lenggang bayam (gua anti dgn kangkung sejak kebelakangan ni)  naik tangga..selit kaki baru tau!!!

4. Makan
   makan aku mmg xmenentu sikit kat sini... waktu rehat lunch 1 jam je..dgn nak solat zohor nya..pergi beli makanan laju2..kalau xramai cepatlah sikit..tp salunya mmg ramai.. aku ni dulu kedekut masin punya.. seminggu sekali je boleh ambil lauk sayur..kalau x kena amik lauk ayam dengan nasi n kuah..alasannya kalau tambah sayur nasi jadi rm2.80. xde sayur rm2.50.. kedekut habaq hang.. 30 sen berkira.. dah tu kalut balik bilik makan laju2..pastu solat lepas tu pegi kelas balik.. selalunya setiap dua blok asrama dia share satu kafe..utk dinner tiap2 hari aku dgn rumate2 aku akan order nasi goreng guna sms..tulis nama n waktu nak ambik.. kadang2 on time siapnya..tp selalunya kena jugak la tunggu.. ramai kot..satu meja besar tu penuh dengan polistrene bungkus makanan..
    
5. Kedai
    disebabkan dok kat ceruk ni..aku memang jarang la outing..kalau nk beli biskut2 ke apa ka..salu g mini mart la..tp barang nya salu mahal sikit..kos nak bawak masuk kot.. lagi satu aku kalau waktu gap sejam pagi2 aku suka pergi bakery shop aku panggil..orang lain xtau.. aku suka beli karipap 50 sen dia.. SEDAP GILA.. dulu aku xfaham kenapa la budak2 lain kalau nak beli karipap tu mesti berebut macam piranha.. aku ni xberapa suka makan karipap orang jual pasal berminyak banyak sangat..nanti pening kepala..sekali kawan aku belanja xkan nak tolak pulak..kesian..makan je la..skali makan..perrgh! mmg sdap..xberminyak pun...sejak hari tu sehari dua bijik aku beli..kalau cuti balik rumah siap tempah yang separuh masak nak bawak balik kat family..haha... kedai lain yg ada macam kedai fotostet..stationary..tiket bas..kedai references book..tapi aku jarang pergi beli references book..guna lecture notes je..tp kalau sbjek maths mmg wajib ada buku past year exam questions and solutions aku rasa kalau nak berjaya..

6. Kumbang
    aku rasa masalah kumbang ni satu hal jugak.. bayangkan kumbang besar bertanduk tu ada kat mana2..tp dah kata matrik ni dalam hutan..xpelik la kot.. kalau ada perempuan yang leka sikit jalan dengan kain baju kurung meleret tu memang kumbang2 ni xlepas peluang..dah nama pun kumbang,,gatal macam lelaki..dipanjatnya kain perempuan..hahaha.. sampai satu tahap kalau dengar mana2 perempuan menjerit.. masing2 akan cakap..kena panjat dengan kumbang la tu.. lepas tu kalau nak berdrama sikit..nampak la lelaki2 gentleman tolong cabutkan kumbang dari kain tu..tp serius.. kumbang tu memang berpaut sungguh2 kat kain orang..susah gila nak cabut.. tapi xdela kumbang tu naik sampai keatas sangat..kat bawah2 kain je..ramai la laki offer diri nak tolong buang kumbang kan kalau gitu...ada sekali tu aku dengan rumate aku tengah solat dalam bilik..sekali dengar perempuan jerit..memang pelik betul tone dia jerit..serentak aku dgn rumate aku tergelak time solat.. ni semua angkara kumbang la..

7. ATM
    student matrik kan ada dapat elaun setiap sem..kalau kira tahap kedekut aku dulu..memang cukup seribu lebih satu sem..sekarang dah masuk U 3 ribu lebih pun xckup..xfaham aku..mungkin jarang outing kot.. semua guna bank rakyat masa tu..ATM ni pun satu hal..letak nun hujung kat pondok pak guard kat pintu keluar sana... nak pergi keluar duit..sama macam nak pergi riadah petang2 la...ATM nye satu pulak.. panjang betul beraturnya..nak2 kalau ATM tu sebelum ni rosak dua tiga hari ke..seminggu ke.. panjang macam beratur nak main roller coaster kat legoland tau... tapi aku ingat dulu ATM tu rosak lama gila..sampai students kat dalam ni dah xde duit dah..time tu pihak matrik ada sediakan bas pergi petrol station bawak keluar duit kat ATM sana.. dah penuh ATM kat sana..

8. Tak ada air
   Masalah xde air xde la teruk sangat kiranya KMPh ni kalau nk compare dengan matrik lain.. Labuan dgn KMNS dengar cerita problem besar air ni...ada jugak la melalui zaman pehit getir xde air..tp xlama pun..paling2 xde air kt blok hostel je..kat bangunan kuliah ada.. kalau dah xtahan sgt nk ter...ter..segala jenis ter..pergi la toilet kat bilik kuliah..siap mandi kat sana lagi..kat tengah blok aku pun dulu ada satu tangki air..kira beramai2 la kitorang turun tadah air dari tangki tu..siap ada yg tak dan2 ..kat situ jugak dimandinya.. tp..overall..masalah air mmg ada..tp bukan masalah besar la kt KMPh..
9. Extra class
   ni memang sangat lah normal..tambah2 bila exam dah dekat tu.. nak kejar silibus kan..tp ntah kenapa..walaupun kelas pagi dah dari 8am-5pm.. tambah lagi kelas malam 2 jam mcm tu..xde rasa penat pun... lepas masuk U ni..kelas deret 3 jam dah lemah gemalai semua penyakit nak keluar.. makin berusia mungkin... =-=
    
10.Tikus
    Disebabkan aku sains hayat.. benda wajib buat dalam experiment and paling aku geruni ialah operate yikus..aku xkan penah lupa bunyi kerangupan saat aku cucuk jarum peniti dekat tapak tangan dengan kaki tikus tu.. eyyewww..

11. Outing
     sepanjang setahun aku kat matrik..mungkin 3-4 kali je aku outing dengan rumate2 aku.. ye betul.. dah nak keluar tu bersiap macam nak pergi Dinner gitu..bukan apa..jauh gila Gambang tu dengan Kuantan bagi aku kalau naik bas Rahmat Alam ditokok tambah dengan penumpang yg merupakan student KMPh sendiri yg overloaded..sesak nafas.. seriously..dapat bas yg bukak tingkap ok sikit.. aku dapat bas aircond..ready mengucap je aku dalam bas..sesak nafas sebab ramai sangat org dalam bas tertutup macam tu..

12. Library
     jumlah aku pergi Library dengan rela hati lagi kurang daripada jumlah aku outing..kehkehkeh.. selalu aku pergi Library pun sebab sbjek English buat kelas kat sana.. kalau x jangan harap la nak masuk..dengan alasan malas nak pakai kad matrik...nanti Pak/Mak Guard marah.. bolehlah nak kata logik bg aku..

13.Cubical
Cubical ni kalau bahasa sekolahnya "bilik guru".. dah nama matrik..nama harus canggih sikit..xgitu adik2?? So kalau nk jumpa lecturer2 nk tanya soalan berkisarkan pembelajaran mahupun peribadi bolehlah..ni pun tempat jarang dikunjungi jugak ni.. kecuali time nak hantar assignment barulah muka aku berlegar kat cubical tu.. gelabah cari tempat lecturer xjumpa..habis setiap tingkat aku cek. Ha1! tiba2 tringat..time awal2 masuk matrik..kitorang selalu tersalah panggil lecturer "Cikgu".. puas la lecturer membetulkan anak muidnya yg terbawak-bawak lagi zaman sekolah.. "Kat Matrik dah guna En. atau Pn. atau Cik...guna cikgu2 ni zaman sekolah je.."

tu jelah..ni je la yang aku mampu tulis.. dah macam karangan SPM dah ni.. tatabahasa dengan ejaan kalau ambik kira memang fail BM aku.. Good Luck spe yang dapat Matrik.. Matrik xde lah susah mana pun.. tapi Matrik xsenang kalau x berusaha... eloklah xpayah bawak laptop pergi matrik ni..xde la sibuk nak berfacebook..nak bercandy crush kan nanti.. jangan risau..lecture notes kebanyakan semua lecturer sediakan..nak tanya apa2 silakan.. :)